Wednesday , 8 January 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Jan(Livevartha) –Dagangan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak menentu iaitu di antara AS$2,640 dan AS$2,700 setiap auns troy minggu depan, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata permintaan terhadap komoditiselamat yang teguh dijangkaberterusan sewaktuketegangan geopolitikberlanjutandi Timur Tengah dan konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan.

“Dari perspektif perang perdagangan, emas terus mendapat permintaan tinggi kerana tarif berpotensi mengancam serta mengganggu ekonomi global selainmenggugatsentimen pelaburapabilaemas berfungsi sebagai lindung nilai yang kukuh.

"Ini sangat relevan di Asia apabilaterdapat permintaan yang meningkat untuk emas sebagai perlindungan terhadap penurunan nilai mata wang tempatan," katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semertaJanuari 2025 mengakhiri minggu ini lebih tinggi kepada US$2,667.80 setiap auns troy daripada US$2,640.40 setiap auns troy minggu lepas dan Februari 2025 meningkat kepada US$2,678.90 setiap auns troy daripada US$2,650 setiap auns troysebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 semuanya diselesaikan bertambah kepada US$2,687.30 setiap auns troy daripada US$2,650.50 setiap auns troyminggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 41 lotdaripada 60 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada44 kontrakdaripada 38 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Jan, 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,646.30 setiap auns troy.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 8 Jan (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka
Pasaran

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 8 Jan...

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka
Pasaran

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jan...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Livevartha) — Kontrakniaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di...