Wednesday , 8 January 2025
Home Pasaran Asas Bermusim Kukuh Dijangka Dorong Niaga Hadapan MSM Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Asas Bermusim Kukuh Dijangka Dorong Niaga Hadapan MSM Meningkat Minggu Depan

Asas Bermusim Kukuh Dijangka Dorong Niaga Hadapan MSM Meningkat Minggu Depan

Kredit: MPOC

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu depan, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata ini disebabkan terutamanya oleh corak pengeluaran bermusim yang lebih rendah danlazim dilihat pada suku pertama tahun ini.

“Jangkaan pengeluaran MSM yang lebih rendah juga akan menjejaskan sentimen pasaran. "Kami menjangkakan harga akan didagangkan antara RM4,200 satu tan dan RM4,450 satu tan pada minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh pula menjangkakankontrak niaga hadapan MSM menyaksikan dagangan lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan.

Beliau berkata pasaran juga dijangka dalam sentimen lebih berhati-hati ketika peniaga menunggu pengumuman Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengenaidata eksport simpanan MSM bagi Disember 2024 pada 10 Januari ini.

“Julat harga bagi kontrak niaga hadapan MSM berkemungkinan besar diniagakan pada RM4,300 hingga RM4,400 satu tan pada minggu depan.

“Bagi permintaan fizikal pula, dijangka dari China susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan seterusnya dari India, Pakistan, Eropah serta negara-negara Timur Tengah,” katanya.

Sebagai asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat,kontrak bulan semerta Januari 2025 turun RM252 kepada RM4,723 satu tan;Februari 2025 susut RM270 kepada RM4,511dan Mac 2025 berkurangan RM256 kepada RM4,368.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 8 Jan (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka
Pasaran

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 8 Jan...

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Dibuka
Pasaran

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jan...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Livevartha) — Kontrakniaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di...