Wednesday , 8 January 2025
Home Pasaran Pasaran Getah Diunjur Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Diunjur Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Pasaran Getah Diunjur Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Livevartha) — Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan kekurangan permintaan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata pasaran getah akan mengalami minggu yang lebih perlahan memandangkankekurangan bekalan akan turut menyebabkan penyusutan permintaan.

“Selain itu ia turut berdepan dengan musim daun pokok getah luruh, dengan pokok getah akan menggugurkan daun, menyebabkan hasil getah yang lebih rendah.

“Situasi sedemikian lazimnya akan meningkatkan harga lateks getah,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, keadaan ini dijangka berlaku pada Februari, Mac dan awal April, katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata pasaran getah sewajarnya dilihat bercampur-campur pada minggu depan memandangkan gangguan bekalan berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu di negara pengeluar getah.

Menurutnya harga dijangka terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah manakala kekukuhan ringgit dan perkembangan berkaitan ketegangan geopolitik global serta rangsangan China dijangka mempengaruhi hala tuju pasaran.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 9.5 sen kepada 867 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun tujuh sen kepada 689 sen sekilogram.

Related Articles

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot
Pasaran

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jan...

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Ekonomi AS Menunjukkan Tanda Pemulihan

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 6 Jan(Livevartha) –Ringgit meneruskan trend penyusutan...

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Indeks...

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi daganganpagi Isnin...