Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata peniaga.

Katanya pelabur akan berhati-hati menjelang pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari.

Bagi minggu dagangan baru berakhir,kontrak Disember 2024 ditutup pada Selasa pada 1,641.5, bulan semasa baharu Januari2025 naik 9.0 mata kepada 1,630.5,Februari2025 sebanyak 1,635.0,Mac2025 menambah 7.5 mata kepada 1,618.0 dan Jun2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 41,378 lot daripada 129,684 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,706 kontrak daripada 113,387 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 1.32 mata kepada 1,629.46 daripada 1,628.14 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...