Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi padaJumaatdisebabkan kerajaan Indonesia memberi penjelasan mengenai program biodieselnya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kepada Livevartha, pasaran bertindak balas secara positif berhubung penjelasan terperinci daripada kerajaan Indonesia tersebut.

"Jangkaan pengeluaran yang lebih lemah juga dilihat sebagai faktor sokongan. Kami melihat harga paras sokongan pada RM4,250 dan paras rintangan pada RM4,450," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat sebanyak RM33 kepada RM4,723 setiap tan, Februari 2025 naik RM27 kepada RM4,511setiap tan manakala Mac 2025 dan April 2025 masing-masing bertambah RM35 kepada RM4,368 dan RM4,247 setiap tan.

Sementara itu, kontrak Mei 2025 berkembangsebanyak RM29 kepada RM4,161 setiap tandan Jun 2025 pula naik RM27 kepada RM4,112 setiap tan.

Jumlah dagangan bertambahkepada 87,677 lot daripada74,951 lot pada Khamismanakala kepentinganterbuka menurun kepada 233,618 kontrak daripada234,076 kontrak semalam.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan menyusut sebanyakRM150 kepadaRM4,800 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...