Wednesday , 8 January 2025
Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan,kekal dalam julat sempit minggu depan.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data ekonomi Amerika Syarikat terutamanya tuntutan pengangguran, dijangka menunjukkan peningkatan berterusan selepas tuntutan pengangguran mingguan minggu lepas menurun sebanyak 9,000 kepada 211,000, iaitu paras terendah dalam lapan bulan.

“Bagi Januari, kami menjangkakan dolar US akan kekal kukuh, disokong oleh keyakinan pasaran susulan Donald Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek juga berkatapenyusutan nilai ringgit mungkin dapat dikawal oleh peningkatan aliran masuk dana asing ke dalam pasaran modal Malaysia.

"Dengan Wall Street mencapai rekod tertinggi, pengimbangan semula portfolio ke arah pasaran baharumuncul berkemungkinan memberikan sedikit kelegaan untuk ringgit," katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata mata wang tempatan menghadapi tekanan apabila dolar AS mengukuh dalam persekitarankeyakinan AS dan faktor Trump menjadi Presiden AS buat kali kedua.

“Walaupun asas makroekonomi Malaysia kekal stabil, data AS yang kukuh dan sikap berhati-hati pelabur terhadap Trump mungkin mengekalkan permintaan untuk aset selamat, mempengaruhiringgit untuk didagangkan melebihi 4.50/USD,” katanya dalam nota penyelidikan.

Minggu depan, peniaga akan bersiap sedia untuk data tawaranpekerjaan AS, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka RizabPersekutuan (Fed) AS bagi bulan Disember, laporan pekerjaan ADP dan laporan pekerjaan AS, kesemuanyapenting dalam membentuk jangkaan untuk tinjauan kadar faedah bagi 2025.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jan...

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Ekonomi AS Menunjukkan Tanda Pemulihan

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 6 Jan(Livevartha) –Ringgit meneruskan trend penyusutan...

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Indeks...

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi daganganpagi Isnin...