Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Jan(Livevartha) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan padadagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.46 mata atau 0.58 peratus kepada 1,632.87 berbanding 1,642.33 pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Tahun Baharu.

Indeks itu pada awalnya dibuka rendah turun1.01 mata kepada 1,641.32 dan bergerak antara paras 1,629.23 dan 1,641.32 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak580 berbanding449, manakala496 kaunter kekal tidak berubah, 830 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.64 bilion unit bernilai RM1.97 bilion daripada 2.41 bilion unit pada Selasa bernilai RM2.06 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, di tengah-tengah ketegangan geopolitik, trend mengelak risiko diAsia mencerminkanpendekatan berhati-hati peniaga ketika mereka mula mengagihkan semula aset bagi2025.

Beliau menjangkakan indeks penanda aras tidak dapat mengekalkan tahap sokongannya pada 1,635 dan berada dalam fasa penstabilansehingga pemangkin baharu timbul.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...