Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Susulan Permintaan Berterusan Terhadap Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Permintaan Berterusan Terhadap Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Permintaan Berterusan Terhadap Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada hari dagangan pertama tahun ini susulan permintaan berterusan terhadap dolar ASsusulankebimbangan mengenai kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketikaditutup pada Selasa.

Pasaran ditutup padaRabu bersempenaTahun Baharu 2025.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Livevartha, selainmenjangkakan penurunan kadar yang lebih kecil oleh Fed, sentimen pasaran akan terus dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap potensi dasar ekonomi pentadbiran kedua Donald Trump.

Selain itu, beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) juga naik 0.33 peratus kepada 108.487 mata apabila permintaan terhadap dolar AS terus kekal meningkat.

Ringgit ditutup kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit susutberbanding yen Jepun kepada 2.8546/8580 daripada2.8529/8566 ketika ditutuppadaSelasa, tetapi mengukuh berbanding poundBritish kepada 5.5869/5932 daripada 5.6095/6164 sebelumnyadan berkembangberbanding euro kepada 4.6336/6387 daripada 4.6549/6606.

Sementara itu, mata wangtempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...