Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Ringgit dibuka mendatar, kemungkinan faktor cuti umum
Ekonomi

Ringgit dibuka mendatar, kemungkinan faktor cuti umum

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Disember– Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan pemangkin pada minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum, kata penganalisis.

Pada pukul 8.00 pagi, ringgit tidak berubah pada 4.4680/4750 berbanding dolar AS, bersamaan dengan sesi penutupan pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh cuti dijangka mengekalkan pasaran mata wang dalam keadaan lembap, dengan sentimen terus tertumpu kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai had hutang.

Beliau berkata Setiausaha Perbendaharaan AS telah memberi amaran bahawa kerajaan mungkin mencapai had pinjamannya pada pertengahan Januari.

“Perkembangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan, selain kenyataan bersifat agresif daripada bakal Presiden AS Donald Trump dan ahli perniagaan Elon Musk baru-baru ini, menunjukkan situasi pada Januari, apabila presiden baharu dilantik pada 20 Januari, dijangka tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat tertentu hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8296/8343 daripada 2.8300/8346 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.6199/6287 daripada 5.5904/5991 dan rendah berbanding euro kepada 4.6601/6674 daripada 4.6489/6574 sebelum ini.

Mata wang tempatan menyaksikan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/2955 daripada 3.2846/2900 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.1196/1583 daripada 13.1023/1289.

Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 275.1/275.7 daripada 275.4/276.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...