Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Kepengerusian ASEAN 2025 buka peluang Malaysia perkukuh diplomasi ekonomi
Ekonomi

Kepengerusian ASEAN 2025 buka peluang Malaysia perkukuh diplomasi ekonomi

Kepengerusian ASEAN 2025 dijangka membawa peluang besar kepada Malaysia untuk memperkukuhkan diplomasi ekonomi secara lebih berkesan di peringkat serantau dan global / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Kepengerusian ASEAN 2025 dijangka membawa peluang besar kepada Malaysia untuk memperkukuhkan diplomasi ekonomi secara lebih berkesan di peringkat serantau dan global.

Penganalisis geopolitik dan hubungan antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata acara itu akan menjadikan Malaysia tumpuan bukan sahaja negara-negara ASEAN tetapi juga kuasa besar dunia.

“Dalam keadaan geopolitik yang semakin mencabar pada tahun-tahun mendatang, kita berharap Malaysia dapat menyeimbangkan ketegangan antara kuasa-kuasa ekonomi besar dunia sambil menyemarakkan ASEAN centrality.

\”Ini bertujuan memastikan ASEAN kekal sebagai hub ekonomi yang stabil dan relevan di pentas dunia,” katanya.

Tambah Dr. Zokhri, Malaysia turut berpotensi meneroka lebih banyak pasaran di kalangan negara BRICS dan BRICS+ dengan membawa industri halal tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Industri halal Malaysia berpeluang menembusi pasaran lebih luas, khususnya di negara-negara BRICS seperti China dan Afrika Selatan yang memiliki kuasa pembeli besar,” jelasnya.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...