Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Penerimagunaan solar dijangka meningkat pada 2025 susulan kos elektrik
Ekonomi

Penerimagunaan solar dijangka meningkat pada 2025 susulan kos elektrik

Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan sistem tenaga solar pada tahun 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan sistem tenaga solar pada tahun 2025.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd, perkembangan itu akan merangsang nilai perolehan kontrak bagi pemain kejuruteraan solar, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC) dalam sektor berkenaan.

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga memaklumkan pendorong utama bagi sektor tersebut termasuk kontrak EPCC bernilai RM2.4 bilion menerusi Program Tenaga Hijau Korporat berkapasiti 800 megawatt, serta kontrak EPCC daripada pusingan bidaan Solar Berskala Besar (LSS5) bernilai RM5 bilion.

“Inisiatif-inisiatif ini dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan sektor solar sehingga 2028, disokong oleh penurunan harga panel solar yang akan meningkatkan pelaburan dalam sistem tenaga solar,” jelas laporan tersebut.

Bank pelaburan itu turut mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor tenaga boleh baharu, yang didorong pelaksanaan inisiatif kerajaan serta tambahan peruntukan kuota solar.

Langkah itu seiring usaha Malaysia untuk memperkukuhkan agenda tenaga mampan di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap tenaga hijau di peringkat global.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...