Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Proton e.MAS 7 terima lebih 2,500 tempahan
Ekonomi

Proton e.MAS 7 terima lebih 2,500 tempahan

FOTO Livevartha

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional (Proton), PRO-NET mengumumkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 telah menerima lebih daripada 2,500 tempahan.

Pencapaian tersebut mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap model ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, dengan gabungan ciri inovatif dan nilai luar biasa, Proton e.MAS 7 direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih ke kenderaan EV.

Ia merupakan satu langkah besar ke hadapan, bukan sahaja untuk PROTON tetapi juga untuk masa depan automotif hijau negara.

Kenderaan tersebut hadir dengan dua varian iaitu Prime dan Premium, yang dilengkapi bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22kWh dengan jarak WLTP sehingga 410km.

Proton e.MAS 7 turut menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan DC sehingga 100kW.

Harga Proton e.MAS 7 adalah RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...