Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Proton e.MAS 7 catat 2,500 tempahan
Ekonomi

Proton e.MAS 7 catat 2,500 tempahan

Proton e.MAS 7 catat 2,500 tempahan

PROTON e.MAS 7

PETALING JAYA: Pro-Net, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton mengumumkan Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat telah mencatat lebih 2,500 tempahan.

Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 mencerminkan kesediaan mereka untuk menerima mobiliti lestari. 

“Dengan gabungan ciri inovatif dan nilai yang luar biasa, Proton e.MAS 7 direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih ke kenderaan elektrik. 

“EV ini merupakan satu langkah besar ke hadapan, bukan sahaja untuk PROTON tetapi juga untuk masa depan automotif hijau di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia, terus menarik perhatian kerana inovasi dan nilainya, dengan menawarkan dua varian iaitu Prime dan Premium yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh. 

“Dengan jarak WLTP sehingga 410 kilometeri (km), EV ini menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan pantas DC sehingga 100kW. 

“Harga Atas Jalan (tanpa insurans) untuk Proton e.MAS 7 ialah RM109,800 bagi varian Prime dan RM123,800 bagi varian Premium,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai tawaran pelancaran istimewa untuk 3,000 pelanggan pertama, rebat RM4,000 diberikan, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan varian Premium RM119,800.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...