Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong prestasi positif Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong prestasi positif Wall Street

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Disember– Bursa Malaysia dibuka tinggi pada ini, menjejaki pergerakan positif prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dengan naik 0.44 mata kepada 1,596.64.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 131, sebanyak 292 kaunter kekal tidak berubah, 1,851 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 125.63 juta unit bernilai RM70.83 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Ekuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi walaupun dibuka rendah kerana peniaga yakin dengan kenaikan ketika musim perayaan Krismas dalam persekitaran minggu dagangan yang singkat.

Di peringkat tempatan, Thong berpendapat bahawa FBM KLCI membuat percubaan untuk menembusi paras 1,600 semalam tetapi tidak berjaya, berkemungkinan disebabkan aktiviti jualan asing dalam pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, tekanan jualan nampaknya berkurangan seperti ditunjukkan menerusi volum dagangan harian rendah iaitu hanya 2.4 bilion saham.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan sesi dagangan yang lengang dengan indeks diunjur berlegar antara 1,595 dan 1,605,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM10.08, RM14 and RM7.03 manakala Public Bank menambah dua sen kepada RM4.54 dan CIMB naik tiga sen kepada RM7.98.

Bagi saham aktif, Winstar Capital melonjak 2.5 sen kepada 63 sen, Datasonic menokok 0.5 sen kepada 42.5 sen manakala Yew Lee turun 0.5 sen kepada 51.5 sen, Aizo tidak berubah pada 12.5 sen sementara Capital A susut satu sen kepada 97 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.75 mata kepada 12,262.73, Indeks FBM Emas Shariah naik 3.64 mata kepada 12,216.76, Indeks FBMT 100 menambah 11.15 mata kepada 11,945.86, Indeks FBM ACE menokok 4.26 mata kepada 5,251.53, bagaimanpun Indeks FBM 70 susut 12.56 mata kepada 18,369.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 24.19 mata kepada 18,882.48, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.15 mata kepada 170.44, Indeks Tenaga meningkat 1.18 mata kepada 7,488.99 manakala Indeks Perladangan melonjak 1.18 mata kepada 7,488.99.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...