Home Ekonomi KLCCH akan bangunkan 196.67 hektar tanah Bandar Malaysia
Ekonomi

KLCCH akan bangunkan 196.67 hektar tanah Bandar Malaysia

KLCCH akan bangunkan 196.67 hektar tanah Bandar Malaysia

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: KLCC (Holdings) Sdn. Bhd. (KLCCH) memeterai perjanjian dengan Bandar Malaysia Sdn. Bhd. dan Bandar Malaysia Land Sdn. Bhd. untuk memperoleh tanah seluas 196.67 hektar di tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Jalan Sungai Besi.

KLCCH dalam kenyataan berkata, perjanjian jual beli (SPA) tanah tersebut telah berlangsung pada 4 Oktober lalu.

Katanya, KLCCH akan melaksanakan pembangunan berdasarkan daya maju komersial dalam tempoh jangka panjang.

“Pembangunan ini dibayangkan sebagai hab perniagaan antarabangsa dan bandar yang boleh didiami dan inklusif untuk masyarakat.

“Dengan dua daripada pembangunan paling ikonik di negara ini iaitu Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Putrajaya, KLCCH telah menunjukkan visi strategik dalam pembangunan bandar berskala besar, menetapkan piawaian dalam perancangan induk dan kemampanan,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...