Home Ekonomi CSR diiktiraf atas komitmen kecemerlangan halal dan kualiti
Ekonomi

CSR diiktiraf atas komitmen kecemerlangan halal dan kualiti

CSR diiktiraf atas komitmen kecemerlangan halal dan kualiti

CSR menerima pembaharuan status senarai putih pensijilan halal yang berprestij oleh kerajaan Negeri Selangor pada Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor 2024 baru-baru ini.

PETALING JAYA: Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), peneraju pengeluar gula bermutu tinggi di Malaysia, sekali lagi diiktiraf di atas dedikasi syarikat itu dalam mengekalkan piawaian halal melalui pembaharuan status senarai putih pensijilan halal yang berprestij oleh kerajaan Negeri Selangor. 

Pencapaian ini jelas menunjukkan komitmen CSR terhadap kecemerlangan kualiti dan keselamatan makanan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal produk bersijil halal yang dipercayai di pasaran Malaysia. 

Ketua Pegawai Operasi CSR, Hasmanan Zaquier Salleh berkata, beliau telah menerima pembaharuan sijil halal daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor 2024 baru-baru ini.

“Di CSR, visi kami adalah untuk menjadi ‘’Pilihan Terbaik’ jenama gula yang terkemuka kepada pelanggan. 

“Pembaharuan status senarai putih pensijilan halal ini mengesahkan dedikasi kami dalam mendukung piawaian kualiti yang tertinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, CSR komited dalam menambahbaik proses penyediaan produknya dengan melabur di dalam teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna.

Dengan lebih 50 tahun pengalaman sebagai penggerak industri makanan Malaysia, CSR kekal teguh dalam menyokong agenda keselamatan makanan negara. 

Menerusi kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan dan rakan industri, CSR komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam jaminan keselamatan makanan.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...