Home Pasaran Bursa Malaysia Catat Dagangan Turun Naik Pada Sesi Awal, Sentimen Positif
Pasaran

Bursa Malaysia Catat Dagangan Turun Naik Pada Sesi Awal, Sentimen Positif

Bursa Malaysia Catat Dagangan Turun Naik Pada Sesi Awal, Sentimen Positif

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia menyaksikan dagangan turun naik pada sesi awal Rabu dengan indeks petunjuk utama pasaran itu mencatat pergerakan dalam wilayah untung dan rugi.

Pada 9.09 pagi ini, indeks penanda arasFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.58 mata kepada 1,603.73 daripada paras 1,603.15 pada akhir dagangan Selasa.

Sewaktu dibuka, indeks petunjuk utama itu menyusut 1.81 mata kepada 1,601.34.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 176 berbanding 159 manakala 261 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,861 tidak didagangkan dan 44 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak173.46 juta unit bernilai RM118.13 juta.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks itu kekal dalam julat 1,600-1,610 pada hari ini ketika ketidaktentuan pasaran kekal ketara sebagaimana dipaparkan menerusi jumlah dagangan harian yang lebih suram.

Ini diburukkan lagi dengan kenyataan Presiden dilantik Amerika Syarikat (AS)Donald Trump untuk mengenakan levi lebih tinggi ke atas China, Mexico dan Kanada yang menyemarakkan lagi keresahan di peringkat serantau.

Mengulas prestasi sektor, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat sektor berkaitan eksport seperti sarung tangan getah dan teknologi, berkemungkinan mendapat manfaat susulan peningkatan ketegangan dagangan AS dan China serta faktor dolar AS yang mengukuh.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...