Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Nov(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untungselepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Pada 6 petang, ringgit susut nilai kepada 4.4660/4710 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras 4.4610/4650,semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya susut hari ini berbanding pengukuhanketara dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) melepasi 107 mata.

“Kebimbangan mengenai geopolitik, dasar-dasar pentadbiran Donald Trump 2.0 dan unjuran pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, terbukti lebih cenderung untuk mengekalkan kenaikan mata wang negara maju itu,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada5.5870/5932 daripada 5.6342/6393 semalam dan mengukuh berbanding euro pada 4.6455/6507 daripada4.6907/6949.

Ringgit bagaimanapun turun berbanding yen Jepun kepada2.8906/8942 daripada 2.8892/8920, semalam.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...