Home Pasaran Ringgit Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Ringgit Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Livevartha) — Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil,bergerak antara RM4.46 dan RM4.48 minggu depan, kataKetua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata peniaga akan memantau dengan teliti data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan minggu depan, tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) ASuntuk Oktober.

“Buat masa sekarang, pasaran menjangkakan Fed AS akan mengambilpendekatan pelonggaran monetari yang berhati-hati, mengambil kira dasarPresiden terpilih AS Donald Trump yang mungkin akan menyebabkan inflasi tahun depan,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam turut menekankan bahawa hasil Perbendaharaan AS 10 tahun telah meningkat daripada 4.27 peratus semasa pilihan raya presiden AS kepada 4.41 peratus kepada 4.42 peratus, peningkatan sebanyak 14 mata asas, mencerminkan jangkaan pasaran terhadap persekitaran inflasi yang lebih tinggi pada masa depan.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggiberbanding dolar USwalaupun kebimbanganterhadap ketegangan geopolitik di Ukraine ketika ini.

Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit naikberbanding dolar US kepada 4.4660/4720daripada 4.4715/4770, seminggu lepas.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggiberbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada4.6455/6507 daripada4.7224/7292 minggu sebelumnya dan menokok berbanding pound Britain kepada5.5870/5932 daripada5.6573/6656, bagaimanapun iamerosotberbanding yen Jepun kepada2.8906/8942 daripada2.8774/8818 sebelumnya.

Related Articles

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...