Home Ekonomi Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus
Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 November – Kadar inflasi negara tahun hadapan dijangka berpurata antara 2 hingga 3.5 peratus, selaras dengan langkah dasar domestik Belanjawan 2025.

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata langkah itu berikutan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 serta peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurutnya, jangkaan tersebut bergantung kepada kesan limpahan dasar domestik selain daripada perkembangan luar, yang boleh mempengaruhi harga komoditi global.

“Yang penting, inflasi asas yang stabil pada suku ini terus mencadangkan kesan limpahan terhadap harga barangan dari pengurangan subsidi yang dilaksanakan pada bulan Jun, yang kami percaya berpunca daripada penguatkuasaan yang berkesan serta langkah besar untuk meminimumkan impak kos ke atas perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024, di Ibu Negara.

Bagi suku ketiga 2024, kadar inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus.

Walau bagaimanapun, inflasi untuk diesel dan insurans kenderaan mencatatkan peningkatan, manakala inflasi bagi makanan dan minuman menurun kepada 1.6 peratus.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...