Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Pengacara AI, teknologi AR serlahkan keunikan ASA 2024
Nasional

Pengacara AI, teknologi AR serlahkan keunikan ASA 2024

Pengacara AI, teknologi AR serlahkan keunikan ASA 2024

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman / Foto RTM

PUTRAJAYA, 27 Oktober – Penggunaan elemen pengacara Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi Realiti Terimbuh (AR) menyerlahkan keunikan Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, berkata pendekatan inovatif ini membuktikan komitmen RTM dalam menyajikan penerbitan berkualiti tinggi kepada penonton, sekali gus meletakkan RTM pada kedudukan lebih tinggi dalam bidang penyiaran.

\”Saya rasa ini bukti rakan-rakan di RTM sangat berdedikasi. Apabila kita bekerja keras dan bekerjasama, kita dapat hasilkan penerbitan bermutu tinggi.

\”Sekarang, kita sudah ada standard yang tinggi, jadi kita hanya bersaing dengan diri sendiri untuk menghasilkan yang lebih baik daripada sebelum ini,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

ASA 2024 turut memperkenalkan kelainan dengan kehadiran pengacara AI yang dikenali sebagai \’Ivan\’.

BERITA BERKAITAN:

  • RTM rangkul 26 anugerah, dominasi ASA 2024
  • ASA2024: Penyertaan meningkat 17 peratus
  • ASA 2024: 1,860 penyertaan penggiat industri kreatif, penyiaran tempatan
  • ASA 2024: persembah Orkestra Rentak RTM, suntik elemen digital
  • RTM ungguli Top 5 Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...