Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Sidang Kemuncak BRICS: Anwar hargai jemputan Putin
Nasional

Sidang Kemuncak BRICS: Anwar hargai jemputan Putin

Sidang Kemuncak BRICS: Anwar hargai jemputan Putin

Foto FB anwaribrahimofficial

KUALA LUMPUR, 25 Oktober-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS di Kazan.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, ucapan terima kasih turut di zahirkan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mewakili beliau ke Kazan .

Ia bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya melonjak kedudukan dan pendirian negara.

Terdahulu, Malaysia diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia.

Related Articles

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian...

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan
Nasional

Belon telan allurion: Inovasi perubatan rawat obesiti tanpa pembedahan

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Obesiti boleh memberi kesan kepada...

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler
Nasional

Pemandu, kelindan cedera dalam nahas lori-treler

Foto JBPM PerakKUALA KANGSAR, 10 Januari- Seorang lelaki bersama seorang kelindan mengalami...

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini
Nasional

Jambatan Muara Lassa dibuka hari ini

FOTO RTMDARO, 9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap...