Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Pembentukan Modal Tetap Kasar bernilai RM314.5 bilion pada 2023 – DOSM
Ekonomi

Pembentukan Modal Tetap Kasar bernilai RM314.5 bilion pada 2023 – DOSM

Pembentukan Modal Tetap Kasar bernilai RM314.5 bilion pada 2023 – DOSM

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Livevartha) — Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia mencatatkan RM314.5 bilion dengan harga malar pada 2023 berbanding RM298.2 bilion pada2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, katanya gabungan tekanan ekonomi global, penyesuaian dasar dalam negara, cabaran sektor khusus dan keadaan kewangan telah memberi kesan signifikan terhadap pertumbuhan sederhana PMTK di Malaysia pada tahun lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata PMTK kekal sebagai komponen kedua terbesar dalam keluaran dalam negara kasar dengan sumbangan 20.1 peratus daripada jumlah ekonomi keseluruhan.

“PMTK bertumbuh 5.5 peratus pada 2023 berbanding 6.8 peratus pada 2022. Kesemua aktiviti utama menunjukkan peningkatan pada 2023, terutama pelaburan dalam aset tetap aktiviti perkhidmatan dan pembuatan,” katanya dalam kenyataan sama.

Prestasi memberangsangkan dalam aktiviti perkhidmatan didorong oleh sub aktiviti pengangkutan dan penyimpanan; maklumat dan komunikasi; dan perdagangan borong dan runcit, dengan masing-masing meningkat 9.9 peratus dan 8.9 peratus pada 2023, katanya.

Sementara itu, aktiviti pembuatan bertumbuh 5.5 peratus pada 2023 (2022: 10.0 peratus).

Menurut DOSM, pertumbuhan sederhana ini dipengaruhi oleh makanan, minuman dan tembakau iaitu 8.9 peratus (2022: 14.7 peratus), produk elektrik, elektronik dan optikal dan peralatan pengangkutan sebanyak 6.8 peratus (2022: 9.3 peratus); dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 4.5 peratus (2022: 8.7 peratus).

Sektor swasta kekal mendominasi PMTK sebanyak 77.2 peratus, dengan pertumbuhan sederhana 4.6 peratus berbanding 7.2 peratus pada 2022.

Sumbangan sektor awam dalam PMTK adalah 22.8 peratus, berkembang kepada 8.6 peratus berbanding 5.3 peratus pada 2022.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...