Friday , 20 September 2024
Home Politik Zaliha nafi dakwaan tak turun padang tinjau kejadian tanah jerlus
Politik

Zaliha nafi dakwaan tak turun padang tinjau kejadian tanah jerlus

Zaliha nafi dakwaan tak turun padang tinjau kejadian tanah jerlus

ZALIHA Mustafa ketika sesi Libat Urus (SLU) Inisiatif BelanjawanTahun 2025 di Putrajaya. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau tidak aktif dan tidak turun padang meninjau kejadian tanah jerlus yang berlaku di kawasan Masjid India, Jumaat lalu.

Jelasnya, sebagai seorang menteri, beliau memberi perhatian yang serius terhadap insiden tersebut kerana ia melibatkan soal keselamatan penduduk.

“Tak betul. Saya menafikan tuduhan tersebut. Ketika kejadian saya telah turun pada hari kedua (Sabtu) selepas mendapat maklumat, saya pada ketika itu (berada) di Kuching, Sarawak dan saya balik segera untuk melihat sendiri perkembangan terkini berkenaan apa yang berlaku.

“Saya juga berhubung secara langsung dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif) untuk mendapatkan input terkini dan saya memantau setiap perkembangan tentang operasi yang mereka laksanakan untuk mencari mangsa.

“Kemudian saya juga berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N Reddy untuk memberikan perkembangan terkini tentang apa yang berlaku di lokasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan Tahun 2025 bersama pemegang taruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan ketidakhadiran Zaliha untuk meninjau kawasan bencana tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India.

Menerusi catatan Facebooknya, Puad turut mendesak supaya Zaliha tidak terus berdiam diri berhubung insiden itu berikutan penduduk di kawasan sekitar serta rakyat keseluruhannya perlu mendapat maklumat terkini berhubung ancaman itu pada masa depan.

Dalam pada itu, Zaliha turut mengingatkan semua pihak agar mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan insiden itu dengan merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan berautoriti.

“Saya bimbang ia boleh menimbulkan keresahan kepada penduduk. Jangan sampai begitu, saya harap selepas ini tiada perkara-perkara sedemikian, sekali lagi saya ingatkan kita kena rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dan autoriti,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan situasi peniaga dan penjaja di kawasan Masjid India, Zaliha berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian ketika ini adalah aspek keselamatan setiap orang.

“Kita terpaksa minta supaya supaya mereka berhenti sementara untuk berniaga atas asas keselamatan, saya rasa kena lakukan sedemikian, kalau tidak nanti apa-apa yang berlaku kita juga yang akan bertanggungjawab.

“Bagi saya bersabar dan apabila keadaan selamat, kita akan benarkan aktiviti perniagaan semula,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...