Home Politik Waspada gerakan kutip derma bantu warga Palestin – Fahmi
Politik

Waspada gerakan kutip derma bantu warga Palestin – Fahmi

Waspada gerakan kutip derma bantu warga Palestin – Fahmi

FAHMI FADZIL

PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan sebarang gerakan mengutip derma di media sosial bagi tujuan membantu warga Palestin yang dirawat di negara ini.

Peringatan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri meminta supaya rakyat berhati-hati dan berwaspada jika menerima mesej memohon derma yang mendakwa mengutip derma bagi warga Palestin.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin baru-baru ini menjelaskan kerajaan tidak mengutip derma bagi tujuan membantu membiayai warga Palestin itu.

“Sekiranya terima mesej sebegini (mesej mohon derma), sila buat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya.

Ditanya sama ada sudah ada aduan diterima MCMC mengenai gerakan kutip derma itu, Fahmi berkata, beliau belum menerima maklumat terperinci tentang itu.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Mohammed Shazalli Ramli dilantik Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri

MOHAMMED SHAZALLI RAMLIPUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media...

Politik

Kastam rampas kretek, arak, ethanol kenderaan import bernilai lebih RM11 juta

ANIS Rizana Mohd. Zainudin menunjukkan antara kereta mewah yang dirampas dalam pelbagai...

Politik

Dr. Chong pertahan jawatan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu

DR. CHONG FAT FULLPETALING JAYA: Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Politik

Tun M saman Ahmad Zahid selepas dihina secara peribadi

DR Mahathir MohamadKUALA LUMPUR:  Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau menyaman Datuk...