Tuesday , 24 December 2024
Home Politik Usaha bawa rakyat Palestin ke negara ini sepatutnya dibuat lebih awal – Dr Mahathir
Politik

Usaha bawa rakyat Palestin ke negara ini sepatutnya dibuat lebih awal – Dr Mahathir

Usaha bawa rakyat Palestin ke negara ini sepatutnya dibuat lebih awal – Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad menerima cenderamata daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong usaha kerajaan membawa rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini, namun tindakan itu sepatutnya digerakkan lebih awal.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai orang Islam, kita sepatutnya menolong sesama saudara Islam yang ditimpa masalah.

“Pasal dia (rakyat Palestin) orang Islam. Kita orang Islam adalah bersaudara. Jadi, bila mereka menghadapi masalah, kita perlu tolong setakat yang kita mampu.

“Patut dah bawa lebih awal lagi
Ini dah lama (lambat). Dah 40,000 orang dah dibunuh oleh Israel,” katanya ketika ditemui pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di sini, hari ini.

Ditanya juga sama ada kerajaan perlu bawa lebih ramai lagi rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan boleh membantu tetapi mengikut kemampuan.

“Kita pun tak mampu banyak (bawa lebih ramai). Kita bolehlah bawa yang teruk (cedera parah) ke sini yang boleh kita ubati,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.

Terbaru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...