Saturday , 7 December 2024
Home Politik UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik
Politik

UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik

UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik

Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh berpatah balik ke belakang dan perlu mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebagai pencetus kebangkitan.

Oleh itu, UMNO perlu mencari cara dan strategi baharu bagi mendapatkan undi popular seperti Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) yang mencatat kemenangan terbesar UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau melihat keputusan kemenangan Ninggiri adalah sebagai semangat, isyarat dan kekuatan untuk memastikan UMNO tidak leka dengan kemenangan.

“UMNO memerlukan orang Melayu kerana kita mempunyai pemikiran untuk menjaga orang Melayu dengan sebenar-benarnya tetapi jika kita mendabik dada akan berlaku sebaliknya.

“Politik ini sangat dinamik. Selagi kita berfikiran cara dan strategi yang sama ia tidak merubahkan UMNO kerana dinamiknya berubah-ubah mengikuti keadaan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini semalam.

Beliau berkata, pada tahun 1955 ketika bertanding atas tiket Perikatan, UMNO membawa MIC dan MCA bersama kerana melihat untuk membawa negara ini ke hadapan, mereka tidak boleh menyisihkan rakyat yang ditinggalkan oleh penjajah.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, UMNO perlu mencapai keputusan seperti PRU11 apabila mendapat 63 peratus undi popular.

“Undi popular melambangkan Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan semua masyarakat yang bernama rakyat Malaysia.

“UMNO mempunyai banyak perkara yang perlu dibuat apabila melihat statistik dan keputusan empat pilihan raya yang lepas dengan mengurangkan retorik dan menjadi dinamik,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...