Tuesday , 24 December 2024
Home Politik UMNO perlu berada di barisan hadapan tangani masalah sosial
Politik

UMNO perlu berada di barisan hadapan tangani masalah sosial

UMNO perlu berada di barisan hadapan tangani masalah sosial

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berada di barisan hadapan dalam menangani masalah sosial yang berlaku pada hari ini.

Menyifatkan keadaan yang berlaku sangat membimbangkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri perlu memainkan peranan sebaik mungkin untuk mencari jalan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

“Anjakan sosial ini merupakan satu cerminan terhadap peralihan dalam norma nilai dan amalan sosial ke arah lebih baik, memandu masyarakat yang bertujuan membawa UMNO menjadi parti yang memenuhi aspirasi keadilan sosial.

“Saban hari kita dengar pembunuhan kejam dan tidak pernah terfikir sangat  berleluasa, dulu anak hilang, emak ayah cari di rumah kawan…adakah anaknya itu lari rumah, tetapi hari ini anak hilang, emak ayah tanya mana anak akan lari. Ini antara anjakan sosial yang semakin membimbangkan.

“Jadi, kita mesti tampil pendekatan baharu untuk bantu masyarakat dalam melaksanakan program yang mahu orang Melayu dan rakyat, oleh itu UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti yang mencari penyelesaian,” katanya ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan usaha dalam menangani kes jenayah yang semakin meningkat kerana situasi pada hari ini telah berubah.

“Buli siber yang berlaku sehingga menyebabkan kes bunuh diri, data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat 10 Julai lalu, kes buli siber berlaku setiap hari, begitu juga kes buli secara fizikal yang berlaku di pusat pengajian tinggi, isu pelajar disetrika dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Terbaharu pada 26 Mac lalu, pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu maut dibelasah dalam asrama, seks luar nikah di bawah umur, dadah dan alkohol, perceraian di waktu muda yang semakin meningkat, keganasan rumah tangga,  kisah ibu tinggalkan anak, anak bakar rumah ibu bapa..ini semua tidak pernah terjadi dulu.

“Untuk Wanita UMNO perlu tangani masalah ini bersama-sama membantu dan mengenepikan perbezaan UMNO dan parti kita perlu berada di garisan hadapan untuk menyelesaikan masalah sosial ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan beliau selaku  Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara mengarahkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan NADMA untuk turun memperbaiki jambatan yang runtuh dengan segera susulan banjir yang yang berlaku di Slim River, semalam.

Katanya, peranan itu turut digalas oleh Skuad Sabil yang dijelaskan anggota berkenaan merupakan sebahagian daripada APM, sekali gus elaun perkhidmatan akan diberi kepada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mencadangkan beberapa perkara penting, antaranya, beliau selalu Timbalan Perdana Menteri akan membawa usul Jalan Tunku Abdul Rahman dijadikan Zon Ekonomi dan Kebudayaan Bumiputera ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri agar diambil perhatian oleh Menteri Wilayah. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...