Home Politik UMNO Harus Perangi Politik Toksik – Mohamad Hasan
Politik

UMNO Harus Perangi Politik Toksik – Mohamad Hasan

UMNO Harus Perangi Politik Toksik – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersama perwakilan menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2024 di Dewan Merdeka hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — UMNO harus memerangi ‘politik toksik’yang jika tidak dibendungakan menyemarakkan api perkauman dan kebencian, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasionalitu berkata orang Melayu mesti disedarkanbahawa politik kebencian dan toksik yang melampauakan menjadikan mereka anti akal, anti kebenarandan anti segala-galanya.

“Ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Ia akan menambah perpecahan dalamkalangan orang Melayu.Ia akan mencederakan budaya dan adab politik Melayu dengan kecederaan yang dahsyat,” katanyadalam ucapan perasmian serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti dan ketua ketiga-tiga sayap, di sini malam ini.

Mengambil contohapa yang berlaku di bandar-bandarbesar di England dan Ireland Utara baru-baru ini yang menyaksikan berlakunya rusuhan dan kebencian, Mohamad yang juga Menteri Luar berkata iaadalah akibat daripada ‘politik toksik’.

Beliau berkatayang menjadi mangsa ialah mereka yang tidak bersalah manakalayang rugi adalah seluruh negara dan rakyat.

“Situasi ini seharusnya menjadi teladan kepada kitaakan peri bahayanya politik toksik dan prejudis yang membuta tuli,” katanya yang mengharapkanperwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri supaya membahas dan menerokajalanmenangani gejala politik toksik.

Beliau berkata masa depan UMNO sangat bergantung kepada keberkesanan partimemerangi ‘politik toksik’.

Selain itu, Mohamad berkatakejatuhan kerajaan Bangladesh adalah akibat desakan berterusan generasi muda yang digelar‘Generation Z revolution’dan untuk itu, UMNO perlu bijak menguruskan generasi berkenaan.

Beliau berkata sekiranya gagal, UMNOakan melalui pilihan raya yang lebih sukar dalam masa tiga tahun dari sekarang, malah lebih sukar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Mereka tidak mempunyai ‘sentimental attachment’ dengan UMNO atau tidak mempunyai hubungan langsung dengan UMNO.Mereka membesar dalam dunia yang menyaksikan UMNO tidak lagi dominan dalam persada politik negara tetapi disaingi oleh pelbagai pemain lain dalam landskap politik negara.

Mohamad berkatarealiti hari ini menyaksikan ‘ruang demokrasi’ adalah di persada maya dan perkara sama turut berlaku pada pemilihan Presiden Indonesiabeberapa bulan lepas, yangmenyaksikan hampir semuakempen dilaksanakan dengan penuh kreativiti di media sosial berbanding kaedah konvensional.

“Saya menyeru agar UMNO menubuhkan‘Team Sukses UMNO’ dengan kadar segera.Matlamatnya hanya satu menjayakan operasi ‘Bringing Back UMNO’.Fokus utama pasukan sepenuh masa ini ialah melaksanakan pelbagai operasi elektoral bagi UMNO,” katanya.

Sementara itumenjelang sambutan Hari Kebangsaan, Mohamad berkata ia perlu dijiwai dengan memelihara keamanan dan pembangunan yang dinikmati.

“Jangan musnahkan ia, hanya kerana perseteruan politik antara sesama kita.Maka jangan sia-siakan harga nyawa yang dikorbankanoleh pejuang dan pelopor kemerdekaan terdahulu. Tanamlah azam untuk memajukan tanah air tercinta dengan sebaik-baik kemajuan dan menjadikan ia negara yang paling damai, sejahtera dan dicontohi,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

PM selesai mesyuarat prapersidangan Dewan Rakyat

KENDERAAN membawa Ahmad Zahid meninggalkan Kompleks Seri Perdana petang tadi selepas selesai...

Politik

PM pengerusikan pramesyuarat ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan

KERETA membawa Ahmad Zahid memasuki Seri Perdana Putrajaya. – UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD...

Politik

Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan- KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Politik

RUU Mufti: Jangan timbulkan keraguan akibat tafsiran salah – Mohd. Na’im

MOHD. NA\’IM MOKHTARPUTRAJAYA: Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan...