Friday , 20 September 2024
Home Politik Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka Meninggal Dunia
Politik

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka Meninggal Dunia

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka Meninggal Dunia

fb PAS Negeri Melaka

MELAKA, 11 Ogos (Livevartha) — Timbalan Pesuruhjaya III PASMelaka Muhammad Puhat Bedol meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, ketika menyertai Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Melaka di Kompleks Sukan Batu Berendam, di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan PASMelaka Datuk Kamarudin Sidek berkata Allahyarham Muhammad Puhat, 55, yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Hang Tuah Jaya sebelum itu sedang bermain futsal kategori ibu bapa sebelum rebah dan tidak sedarkan diri, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Kamarudin, yang juga Yang Dipertua PASKawasan Jasin berkata Allahyarham sempat diberi bantuan pernafasan cemas (CPR) oleh peserta lain pada program itu, sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Ketika diberi CPR, Allahyarham Muhammad Puhat sempat sedarkan diri seketika sebelum muntah dan dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Livevartha di sini hari ini.

Beliau berkata solat jenazah akan dilakukan di Madrasah Al-Ikhlas Taman Jati di Batu Berendam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Ayer Keroh di sini selepas maghrib.

Muhammad Puhat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka bagi sesi 2023-2025.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...