Friday , 20 September 2024
Home Politik Teruskan Rundingan Pemberian Khas, Muktamadkan Hasil 40 Peratus Kepada Sabah – UPKO
Politik

Teruskan Rundingan Pemberian Khas, Muktamadkan Hasil 40 Peratus Kepada Sabah – UPKO

Teruskan Rundingan Pemberian Khas, Muktamadkan Hasil 40 Peratus Kepada Sabah – UPKO

PENAMPANG, 28 Julai (Livevartha) — Kerajaan Sabah dan Persekutuan perlu meneruskan rundingan bagi menetapkan kadar pemberian khas dan memuktamadkan pembayaran hasil 40 peratus kepada Sabah seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

PresidenPertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata parti itu menyokong penuh langkah kerajaan Sabah memuktamadkan tuntutan tersebut dan menghargai usaha kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu kepada kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Langkah ini amat positif ke arah usaha penyelesaian isu yang telah berlanjutan sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataanselepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UPKOdi sinihari ini.

Jumaat lepas, Livevartha melaporkanPeguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh berkata kerajaan Sabah tetap bersedia dan mampu untuk memulakan rundingan lanjut mengenai pemberian khas yang selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Brenndonberkata perkara itu berikutan maklum balas Kementerian Kewangan kepada pertanyaan di Parlimen pada 16 Julaibahawa kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JTMTPMA63) komited untuk membincangkan kadar pemberian khas baharu untuk Sabah.

Ewonyang jugaMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasiberkata beliau sendiri akan memainkan peranan menjayakan tuntutan itu melalui platform dianggotainya sepertiKabinet Persekutuan, Majlis Khas Tindakan Pelaksanaan MA63 dan JTMTPMA63.

“Saya berharapsemua pemimpin di negeri ini terus bersatu hati untuk sama-sama memperjuangkan tuntutan ini demi kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...