Friday , 20 September 2024
Home Politik Tengku Hassanal Mahu Tindakan Tegas Terhadap Muhyiddin Sentuh Isu 3R
Politik

Tengku Hassanal Mahu Tindakan Tegas Terhadap Muhyiddin Sentuh Isu 3R

Tengku Hassanal Mahu Tindakan Tegas Terhadap Muhyiddin Sentuh Isu 3R

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN, 19 Ogos (Livevartha) –Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengajamenyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal juga turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakanPengerusi Perikatan Nasional (PN) ituyangmempertikaikan tugas dan perananSultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadiYang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Hassanal bertitahsebagaiseorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawaAl-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Kenyataan Muhyiddin itu juga titah Tengku Hassanal, kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.

Sementara Perkara 43(2) pula menetapkanPerdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan berkenaan.

Sungguhpun begitu, Tengku Hassanal bertitahAl-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

“Baginda semasa itu telah memanggil pakarPerlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan itu yang turut dimuat naikdalamInstagram story [email protected].

Sehubungan dengan itu, Tengku Hassanal bertitahkeputusan undi percaya berkenaan adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Al-Sultan Abdullah semasa bagindamemilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Tengku Hassanal menasihatkankepada semua ahli politik supaya sentiasa berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara dan sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dapat menjadi negara maju dan rakyatnya bahagia.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berhubung perkara itu pada 10 malam tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...