Sunday , 22 December 2024
Home Politik Status projek 1BestariNet agenda Dewan Rakyat hari ini
Politik

Status projek 1BestariNet agenda Dewan Rakyat hari ini

Sidang Dewan Rakyat hari ini antara fokus isu 1BestasiNet.

PETALING JAYA: Status terkini projek 1BestariNet yang pernah disiasat pihak berkuasa antara agenda sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 11 November, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) meminta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini projek 1BestariNet dan apakah tindakan undang-undang telah dikenakan terhadap syarikat yang diberikan tender tersebut.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion.
Kementerian Pendidikan pa­da 2019 disaran menjalankan satu penilaian holistik terhadap keberkesanan projek perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 berikutan pelaksanaannya sebelum ini disifatkan tidak menyeluruh.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, secara keseluruhannya 1BestariNet me­nyediakan kemudahan jalur le­bar dan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) me­lalui Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya/Virtual Lear­ning Environment (VLE) ke­pada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Audit pada Oktober 2018 hingga Mac 2019 itu menyatakan bahawa 3,698 daripada 10,185 sekolah tidak pernah mencapai KPI penggunaan Frog VLE pada 2018, manakala hanya 0.8 peratus daripada 423,566 guru telah membangunkan laman pem­belajaran dan diterbitkan dalam Frog Store pada 2018.

Dalam pada itu, antara agenda lain sidang Dewan Rakyat adalah isu berkaitan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bagi mengatasi semua masalah dihadapi Malaysia Airlines (MAS) kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak aduan, rungutan dan keluhan mengenai prestasi perkhidmatan syarikat penerbangan itu yang semakin tercorot.

Selain itu, antara soalan di­bangkitkan adalah analisis perbandingan keberkesanan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta menjelaskan sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula GST.

Berkaitan mengurangkan be­ban rakyat, Kementerian Pe­ngangkutan juga diminta me­nyatakan perancangan untuk menurunkan cukai jalan kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api diesel ekoran kenaikan bahan api tersebut.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang kini bersidang bersidang selama 35 hari bermula 12 Oktober hingga 12 Disember ini. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...