Wednesday , 25 December 2024
Home Politik STAR kekal pendirian tidak mahu parti nasional tanding PRN Sabah
Politik

STAR kekal pendirian tidak mahu parti nasional tanding PRN Sabah

JEFFREY Kitingan semasa ditemui pada majlis menandatangani perjanjian projek usahasama Kopper, PPHT dan MKIC di SICC, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kekal dengan pendirian tidak mahu parti nasional bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, itu pendirian beliau namun terpulang kepada parti-parti nasional untuk bertanding atau sebaliknya.

“Tetapi, saya konsisten dengan pendirian saya. Saya tidak mahu cakap tentang siapa boleh bertanding dan siapa yang tidak. Saya boleh berkata apa-apa sahaja tetapi, itu terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian Projek Usahasama dan Kerjasama Pemegang Amanah Padang Ragut, Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan Berhad (Kopper), Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan Malaysian Kuwait Investment Co (MKIC), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah belum dapat menjadi seperti Sarawak kerana Sabah masih memerlukan kerjasama parti nasional.

Jeffrey berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hajiji semalam adalah berkaitan kerjasama. 

“Kami bekerjasama dengan mana-mana parti dari dulu sampai sekarang dan masa depan begitu juga. Mungkin persepsi dan tafsiran orang berbeza. Tapi, kalau tentang kerjasama ya..kita sentiasa bekerjasama,” katanya.

Pada Sabtu, Hajiji menyatakan kerjasama antara GRS-Pakatan Harapan (PH) Plus yang membentuk kerajaan negeri ketika ini adalah susunan kerjasama yang sudah sedia ada dan akan dikekalkan pada PRN nanti. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...