Friday , 20 September 2024
Home Politik SPRM Lancar Dua Bilik Gerakan PRK DUN Nenggiri
Politik

SPRM Lancar Dua Bilik Gerakan PRK DUN Nenggiri

SPRM Lancar Dua Bilik Gerakan PRK DUN Nenggiri

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) –Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan pilihan raya, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bilik gerakan berkenaan, akan beroperasi di Kompleks SPRM Negeri Kelantan, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan SPRM Cawangan Gua Musang di Aras 1 Bangunan Persekutuan, Gua Musangmulai hari ini hingga 17 Ogos.

Bilik gerakan di SPRM Negeri Kelantan akan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi diSPRM Cawangan Gua Musang dari 8 pagi hingga 6 petang.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 09-7661800 sambungan 1970,” menurut kenyataan itu.

SPRMturut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktivitiyang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeriitu Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos, kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...