Friday , 20 September 2024
Home Politik Sifat Taqiyyah Perlu Diubah Walau Ada Perbezaan Pendapat – Ahmad Zahid
Politik

Sifat Taqiyyah Perlu Diubah Walau Ada Perbezaan Pendapat – Ahmad Zahid

Sifat Taqiyyah Perlu Diubah Walau Ada Perbezaan Pendapat – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Festival D\’Bendang Melaka di Kem Benteng Negara Parit Penghulu Sungai Rambai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) semasa melawat reruai pameran sempena Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Festival D’Bendang Melaka di Kem Benteng Negara Parit Penghulu Sungai Rambai, hari ini.

JASIN, 11 Ogos (Livevartha) –Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang agar tidak mengamalkan sifat taqiyyah atau berpura-pura, semata-mata kerana mahu mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata ada terdapat beberapa negeri diterajui pembangkang yangdilihat tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

“Kita ketahui bahawa terdapat negeri-negeri yang tidak mempunyai keserasian, namun kita amat mengagumi sikap keterbukaan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri di dalam memberikan peruntukan.

“..namun ada negeri yang tak bersyukur dengan apa yang diperolehi. Dalam keadaan yang begini kita lihat di hadapan kelihatan muka pemimpin-pemimpin manis, tapi di belakang terutama ketika pilihan raya, maki dan fitnah terus berjalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...