Friday , 27 December 2024
Home Politik Semak dan imbang pemilihan Hilman
Politik

Semak dan imbang pemilihan Hilman

MUHAMMAD HILMAN IDHAM

PETALING JAYA: Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham sebagai Ketua Armada yang baharu perlu disertai dengan semak dan imbang serta penerapan inovasi bagi memastikan hala tuju sayap pemuda tersebut kekal relevan dan berdaya saing.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin menekankan semak dan imbang penting dalam menjaga integriti serta kestabilan kepimpinan dalam organisasi politik.

“Hilman perlu memperkenalkan pendekatan yang lebih progresif dengan mengekalkan elemen tradisional dan menambah baik dengan inovasi supaya Armada tidak hanya dilihat sebagai sayap sokongan, tetapi pemacu utama kepada kemajuan idea-idea baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau turut menambah amalan semak dan imbang bukan sahaja penting untuk memastikan kepimpinan tidak tersasar daripada matlamat asal, tetapi juga memupuk kepercayaan dan sokongan anggota Armada serta masyarakat.

“Kepimpinan baharu harus peka terhadap cabaran semasa dan bersedia melaksanakan pendekatan yang lebih kreatif dan responsif,” jelasnya.

Tambahnya, peranan Hilman sebagai ketua baharu membawa tanggungjawab besar untuk menggalas amanah yang telah diberikan,

Selain itu, keperluan merangka strategi komunikasi yang efektif serta membina jaringan yang kuat untuk memastikan suara pemuda terus diangkat dan dihargai.

Terdahulu, ADUN Gombak Setia itu diumumkan sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...