Sunday , 22 December 2024
Home Politik `Selagi belum bubar, selagi itu tidak dapat putuskan rakan kerjasama’
Politik

`Selagi belum bubar, selagi itu tidak dapat putuskan rakan kerjasama’

MUSTAPHA SAKMUD

KOTA KINABALU: “Selagi belum bubar, selagi itulah kita tidak dapat putuskan siapa rakan kerjasama kita.”

Demikian kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengenai rakan kerjasama PKR dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Beliau berkata, biarpun ada pihak yang datang mengajak PH Sabah duduk ‘kopi-kopi’ secara tidak rasmi namun, belum ada sebarang keputusan rasmi bagi memuktamadkan rakan kerjasama menjelang PRN.

“Biarpun perjumpaan bersama Barisan Nasional (BN) itu tidak rasmi tetapi, kita bersetuju secara prinsipnya untuk mengadakan ruang perbincangan dan komunikasi berdasarkan komponen parti masing-masing.

“Dengan parti-parti lain pun kita buat demikian maksudnya, kita tidak menutup pintu kerjasama dengan mana-mana pihak. Jadi, kalau ada yang datang kopi-kopi dengan kita secara tidak rasmi pun kita layan juga,” katanya selepas mesyuarat Biro Politik PKR, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Katanya, keputusan muktamad mengenai rakan kerjasama bergantung kepada proses rundingan yang berlaku antara PH dengan parti-parti lain.

Dalam menentukan kerjasama dalam konteks Sabah, sentimen lokal itu amat penting maka, mereka akan mengambil kira sentimen rakyat Sabah dan hak-hak yang perlu diperjuangkan termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan 40 peratus hasil, katanya.

Menurutnya, biarpun PKR adalah sebuah parti nasional tetapi, mereka akan memperjuangkan sentimen-sentimen lokal yang lebih dekat di hati rakyat.

“Kita akan cuba tangani bersama dan berjuang selari dengan aspirasi rakyat Sabah,” katanya.

Pada Selasa lalu, BN dan PH Sabah mengadakan pertemuan tidak rasmi dan memutuskan untuk bergerak secara bersama bami menghadapi PRN17 namun, kerjasama dengan parti-parti lain masih terbuka. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...