Wednesday , 4 December 2024
Home Politik ‘Saman ganti rugi nombor plat: Kalau nak saman, cuba lah nasib’
Politik

‘Saman ganti rugi nombor plat: Kalau nak saman, cuba lah nasib’

ANTHONY LOKE

PUTRAJAYA: ‘Kalau dia nak saman, cuba lah nasib’.

Itu reaksi ringkas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan tindakan seorang ahli perniagaan yang mengemukakan surat tuntutan kepada kerajaan dengan menuntut ganti rugi RM1.3 juta berkaitan Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri ‘Madani’.

Beliau menjelaskan bahawa kuasa untuk mendaftarkan sebarang nombor pendaftaran kenderaan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kuasa itu adalah di bawah Menteri Pengangkutan.

“Apa-apa kelulusan berkenaan nombor pendaftaran istimewa mesti melalui Menteri Pengangkutan, tak ada soal bahawa mana-mana pihak boleh (ada) hak cipta intelek terhadap apa-apa nombor pendaftaran istimewa itu.

“Lagi pun, kita telah periksa dengan pihak MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia), apa yang hak cipta itu ialah kertas kerja itu sahaja bukannya nombor plat. Tapi saya pun tak tahu apa kertas kerja ilmiah, buat nombor pendaftaran (kenderaan) pun ada kertas kerja ilmiah ke?,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Cahaya Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Loke berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan seorang ahli perniagaan yang mengemukakan surat tuntutan kepada kerajaan dengan menuntut ganti rugi RM1.3 juta berhubung dakwaan penyalahgunaan dan pelanggaran harta intelek bagi ‘Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri Madani 1 Sehingga Madani 9999’.

Kelmarin, Pengarah Program Ilham Madani Sdn Bhd, Hasan Azhari Hashim mengemukakan surat tuntutan itu (LOD) melalui serahan tangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MOT melalui firma guaman Raj & Sach.

LOD itu menyatakan, Hasan Azhari pemilik sah karya hak cipta ‘Kertas Kerja Mewujudkan Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri Madani 1 Sehingga Madani 9999 Untuk Didaftarkan Di Malaysia’ yang didaftarkan secara sah ke dalam Daftar Hak Cipta mengikut Seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987.

Pada 24 Oktober lalu, media melaporkan harga keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri Madani ditutup dengan kutipan sebanyak RM2.6 juta. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...