Monday , 23 December 2024
Home Politik PRN Sabah: Warisan mahu pertahan 23 kerusi dimenangi
Politik

PRN Sabah: Warisan mahu pertahan 23 kerusi dimenangi

Mohd. Shafie Apdal (kiri) bersama Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman dalam majlis santai bersama Presiden Warisan di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mahu mempertahankan kesemua 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, biarpun belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi menjelang PRN17, yang pasti parti itu akan bertanding di semua kawasan DUN yang dimenangi pada pilihan raya negeri lalu.

“Persoalan sama ada kita bertanding semua 73 kerusi DUN, belum diputuskan lagi. Tapi yang pasti, mana kerusi yang kita menang dulu, kita akan bertanding semuanya. Itu yang pasti,” katanya semasa ditanya mengenai kemungkinan Warisan bertanding 73 kerusi DUN pada PRN17.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Santai bersama Presiden Warisan, di Sutera Harbour Resort, hari ini.

Pada masa sama, Warisan juga akan melihat kepada kerusi-kerusi lain yang boleh ditambah agar ia dapat memberi kekuatan kepada parti berkenaan.

Mengulas tentang rakan kerjasama, beliau berkata, Warisan belum memutuskan rakan kerjasama menjelang PRN Sabah akan datang. Sekiranya ingin bekerjasama, Warisan akan memilih parti tempatan.

Biarpun membentuk kerjasama adalah antara perkara yang akan diberi pertimbangan oleh Warisan namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding secara solo seperti zaman kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Katanya, sejarah politik Sabah telah membuktikan bahawa parti tunggal boleh memenangi pilihan raya.

“Saya tidak menyatakan kita yakin (bertanding solo). Tapi, jika lihat kepada sejarah politik, rakyat Sabah telah mengundi parti tunggal. Jadi, ia bergantung kepada rakyat Sabah.

“Kalau itu kehendak pengundi di Sabah..yang nakkan suara mereka kedengaran maka, saya yaki nada kebulatan suara. Apabila ada kebulatan, suara itu sama ada di Parlimen atau DUN maka, ia boleh menjayakan agenda yang ada,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna berkata, sekiranya ingin membentuk kerjasama sekali pun, Warisan akan bekerjasama dengan parti tempatan. Tapi di peringkat pusat, Warisan akan terus menyokong kerajaan Perpaduan.

Mengenai keputusan Barisan Nasional (BN) yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah, Mohd. Shafie berkata, itu hak mereka dan beliau boleh menghalangnya kerana itu kehendak BN. – UTUSAN

 

 

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...