Monday , 23 December 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Usah Terleka Dengan Kemenangan – Ketua Sayap UMNO
Politik

PRK Nenggiri: Usah Terleka Dengan Kemenangan – Ketua Sayap UMNO

PRK Nenggiri: Usah Terleka Dengan Kemenangan – Ketua Sayap UMNO

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan UndanganNegeri (DUN) Nenggiri, Kelantan baru-baru initidak seharusnya membuatkan UMNO berasa sudah kuat dan selesa.

Perkara itu disuarakan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada perhimpunan agung sayap masing-masingbersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Ketua WanitaUMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kemenangan itu menggembirakan serta di luar jangkanamun ahli usah melupakan sejarah yang menyaksikan parti menang bergaya di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsartetapi kalahdalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kejayaan yang kita perolehini bukan mudah. Kejayaan ini diraih hasil titik peluh dan lelah.Banyak yang kita boleh pelajari daripada kemenangan ini … berkaitan dengan strategi,pendekatandan semangat.

“Ya, kita gembira dengan kemenangan di Nenggiri. Namun, saya ingin mengingatkan kepada semua, jangan lalai dan leka. Jangan lupa diri dan berasa selesa.Jangan ada suara-suara yang merasakan sudah kuat. Jangan ada yang merasakan kita mampu mengubah sokongan sekelip mata,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNODr Muhamad Akmal Saleh berkataNenggiri menjadi buktiselagi UMNO sanggup berubah dengan kembali berpasak pada fitrah asal usul danbenar-benar menjiwai roh perjuangan, parti ini akan kembali disayangi rakyat.

“Kejayaan Nenggiri ini juga mesti dijadikan pedoman buat semua … bukan menyebabkan kita mendabik dada dankita bolehsahaja meraikankemenangan … (tetapi) jangan disebabkan kejayaan inikita dibuai mimpi,” katanya berucap di hadapan 1,500 perwakilan Pemuda UMNO.

Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi pulaberkata kemenangan DUN Nenggiri menjadi titik tolak untuk UMNO terus bangkitnamun dalam masa sama tidak boleh sesekali leka dan mendabik dada kerana perjuangan perlu diteruskan.

“Walaupun bermula dengan penghinaan namun perjuangan ini berakhir dengan kemenangan. Kemenangan ini kemenangan berganda dalam semua siri PRK sebelum inikerana inilah kerusi yang telah bertukar milikdengan jumlah majoriti yang jauh berbeza dengan sebelumnya.

“Kemenangan ini kita syukuri … namun jangan sesekali leka dan terlalu yakin mendabik dadakerana realiti politik sekarang terlalu rapuh dan cepat berubah.Terima kasih saya ucapkan kepada jentera Puteri yang berkampung di Nenggiri sehingga berusaha memenangkan calon parti kita,” katanya.

Pada 17 Ogos lepas, BN berjaya merampas semula kerusi DUNNenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti besar 3,352 undi menewaskanpencabarnyacalon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili Perikatan Nasional.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...