Home Politik PRK Nenggiri: SPR Jangka Lebih 60 Peratus Keluar Mengundi, Esok
Politik

PRK Nenggiri: SPR Jangka Lebih 60 Peratus Keluar Mengundi, Esok

PRK Nenggiri: SPR Jangka Lebih 60 Peratus Keluar Mengundi, Esok

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak (kanan) menyerahkan peti undi kepada Ketua Tempat Mengundi Wan Nazaliza Wan Ismail (tiga, kiri) untuk dibawa ke Pos Gob dan Pos Simpor menggunakan helikopter ketika tinjauan di Padang Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri yang akan berlangsung esok.

GUA MUSANG, 16 Ogos (Livevartha) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagiPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN ) Nenggiri, esok,mencapai 60 peratus.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata keputusan bagi PRK DUN tersebut yang melibatkan 20,259 pengundi berdaftar, dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam esok.

Setakat ini, menurutnya persiapan bagi proses pengundian di kesemua 20 Pusat Daerah Mengundi berjalan lancar dan seramai 431 petugas SPR akan digerakkan bagi membantu melancarkan proses pengundian.

“Selain itudua buah helikopter dan 40 pacuan empat roda akan digunakan bagi membantu kelancaran proses pergerakkan peti undi di kesemua 20 pusat mengundi,”katanyaketika ditemui pemberita selepas meninjaupersiapan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi diDewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ikmalrudin berharappara pengundi dapat keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada masa ditetapkan dan menyemak terlebih dahulu pusat mengundi masing-masing, kerana terdapat enam pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal.

“Para pengundi juga diingatkan supaya membawa kelengkapan maklumat mengundi seperti kad pengenalan bagi memudah dan melancarkan proses pengundian berlangsung,” katanya.

PRK itu menyaksikan pertembungansatu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, apabila bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Selain itu, Ikmalrudin dalam kenyataanmengingatkan majikan supaya membenarkan tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pengundi pada hari mengundi sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau juga mengingatkan20,216 pengundi biasa yang bakal menjalankan tanggungjawabm agarsentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan SPR.

“Penggunaan telefon bimbit oleh pengundi di saluranadalah tidak dibenarkan. SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semua pengundi yang ingin memasuki pusat mengundiadalah dilarang memakai pakaian, aksesori atau membawa bahan yang mempunyai nama, lambang, simbol atau apa-apa bahan kempen yang cenderung kepada mana-mana fahaman politik.

“Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggari peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan pengundi dilarang memasuki pusat mengundioleh petugas pilihan raya,” katanya.

Ikmalrudin berkata SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam dan sebarang pelanggaran undang-undang boleh dikenakan tindakan.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada pukul 11.59 malam ini.

“Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan melalui saluran media sosial seperti Facebook, X (Twitter), Instagram, Tik-Tok dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata semua parti atau calon bertanding dilarang membuka, membina atau menyelenggara ‘barung’, esok keranaia juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

‘Jangan jadi orang Peja atau Hamzah’

FAIZAL AZUMUKUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk...

Politik

PH jangan usik BN, BN jangan usik PH – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR Shamsudin (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kanan).KUANTAN: Bukan sahaja UMNO...

Politik

STAR tolak propaganda lemahkan perpaduan dalam GRS

JEFFREY Kitingan menandatangai plak perasmian Pejabat STAR Bahagian Moyog di Penampang, hari...

Politik

Ujian sebenar kerjasama PH-BN ialah pembebasan Najib dari penjara 

MOHD. PUAD ZARKASHIPETALING JAYA: Pemimpin tertinggi UMNO menegaskan ujian sebenar kerjasama antara...