Friday , 22 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Premis Terlibat Berisiko Rendah Kebakaran, Banjir – KP JBPM
Politik

PRK Nenggiri: Premis Terlibat Berisiko Rendah Kebakaran, Banjir – KP JBPM

PRK Nenggiri: Premis Terlibat Berisiko Rendah Kebakaran, Banjir – KP JBPM

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad

MARANG, 7Ogos (Livevartha) — Kesemua lokasi pusat mengundidan penjumlahan undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berisiko rendah untuk berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kebakaran dan banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata JBPM Kelantan telah melakukan pemeriksaandi kesemua lokasi terbabitsebelum ini.

"Kita juga telah berkolaborasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pasukan petugas di premis terlibat selain pihak keselamatan tahu menggunakan alatan asas mencegah kebakaran seperti alat pemadam api.

"Bagaimanapun, sukar sebenarnya untuk cakap mengenai risiko banjir. Tetapi, kalau ikut kawasan, Nenggiri berada di kawasan hulu sungai. Jadi, kemungkinan banjir itu rendah sebab pertama, ia masih di kawasan berbukit dan keduanya sungai di situ arusnya bersifat deras.

“Bagaimanapun, JBPM sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita selepasMajlis Penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan Tahun 2024 JBPM di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, di sini, hari ini.

PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itudiadakansusulan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun.

Sementara itu, Nor Hisham berkata pihaknya menerima 3,200 panggilan berhubung insidenkebakaran terbuka sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula Mei lepas.

"Bulan lepas berlaku peningkatan yang mengejutkan iaitu kita terima sebanyak 1,800 panggilan…meningkat tiga kali ganda daripada 610 panggilan yang direkodkan pada Jun. Keseluruhannya, kita rekodkan 3,200 panggilan setakat ini.

"Kerisauan juga berlaku apabila pada hujung Julai berlaku kebakaran terbuka di pusat pelupusan sampah misalnya di Teluk Panglima Garang, Selangor yang mana kita ambil sembilan hari untuk kerja pemadaman, namun kehadiran hujan dalam seminggu ini sebenarnya mengurangkan tekanan kita berhubung isu kebakaran terbuka ini," katanya.

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata kehadiran hujan lebat berintensiti tinggi dan tertumpu di satu tempat turut menimbulkan kegusaran pihaknya berhubung banjir kilat seperti di Penampang, Sabah bulan lepas dan di ibu negara, Hulu Selangordan di Pulau Pinang, semalam.

"Kita harap masyarakat akan peka terhadap risiko banjir kilat jika mereka berada di kawasan-kawasan yang kerap berlaku musibah itu," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...