Sunday , 24 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri : PH Fokus Guna Tempoh Berkempen Untuk Dengar Keluhan Rakyat- Adly 
Politik

PRK Nenggiri : PH Fokus Guna Tempoh Berkempen Untuk Dengar Keluhan Rakyat- Adly 

PRK Nenggiri : PH Fokus Guna Tempoh Berkempen Untuk Dengar Keluhan Rakyat- Adly 

GUA MUSANG, 11 Ogos (Livevartha) — Pakatan Harapan akan terus memberi fokus kepadakeperluan serta kebajikan rakyat, menggunakan pendekatan ziarah rumah ke rumah dan ceramah kelompok sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengarah Operasi PRK DUN Nenggiri Pakatan Harapan Adly Zahari berkata langkah itu dilihat lebih berkesan untuk memahami masalah sebenar rakyat,berbanding hanya berkempen melaluiceramah umum.

"Apabila kita ziarah rumah ke rumah, mengadakan ceramah kelompok serta sesi dialog di Pusat Daerah Mengundi, mereka lebih dekat dengan kita…ceramah umum kita bercakap ‘sehala’ sahaja, kita bercakap tapi masyarakat tidak bercakap," katanya ketika ditemui Livevartha di Kampung Bertam, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata pihaknya turut memberi tumpuan untuk bertemu dengan kira-kira enam ke tujuh peratus pengundi atas pagar di DUN itu untuk menyampaikan maklumat mengenai apa yang dilakukan Kerajaan Perpaduan.

"Ada banyak persepsi yang merekaterima mengenai kerajaan, jadi peranan kita adalah beri penerangan apa kerajaan telah lakukan, kerana kita hanya mahu jaga kebajikan dan keperluan rakyat.

“Oleh itu, kita cuba sedaya upaya selesaikan isu rakyat kalau ada yang berkaitazn dengan Kerajaan Persekutuan kerana kita ada agensi-agensi tertentu untuk membantu mereka," katanya.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan pada 17 Ogos inimenyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...