Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Pengundi Felda jangan jadi mangsa kempen – Ahmad Zahid
Politik

PRK Nenggiri: Pengundi Felda jangan jadi mangsa kempen – Ahmad Zahid

PRK Nenggiri: Pengundi Felda jangan jadi mangsa kempen – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama warga peneroka pada Majlis Ramah Mesra \’Peneroka dan Felda\’ Berpisah Tiada di Dewan Semai Perasu hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra \’Peneroka dan Felda\’ Berpisah Tiada di Dewan Semai Perasu hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 9 Ogos (Livevartha) — Pengundi di Felda Perasudi sini, diingatkansupaya tidak menjadi mangsa kepada janji-janjiyang ditaburketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang sedang berlangsung.

Sebaliknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu penduduk di tanah rancangan itu yang dibentuk dan ditubuhkankepimpinan BNsebelum ini, berfikir sebaik-baiknyasebelum mengundipada17 Ogos ini.

"Jika ada pihak luar mahu rosakkan Felda, saya minta peneroka di sini tolaklah mereka kerana yang menjadi mangsa ialah peneroka di Felda Perasu.

"Mereka hanya datang berkempen dan sebaik tamat, mereka pulang ke tempat masing-masing. Jadi, fikir secara waras,”katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra "Peneroka dan Felda Berpisah Tiada"di Dewan Semai Perasudi sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Felda Perasu mempunyaisebanyak 1,724 pemilih berdaftardan merupakan satu-satunya Felda di bawah DUN Nenggiri.

Timbalan Perdana Menteri berkataselama ini, terbukti segala kebajikanmereka dijaga dengan baik kerajaan pusatdan beliau memberi komitmen bahawa tanah rancangan itu terus menjadi keutamaannya.

Ahmad Zahidyang jugaMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ketika ini, beliau menerima banyak surat permohonan membabitkan isudibangkitkan peneroka Felda di seluruh negara dan beliau berjanji akan lakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

“Sekali saya berazam untuk melakukan, pasti saya akan lakukan yang terbaik, insya-Allah …kalau mahu cari dahan berteduh, carilah dahan yang teguh, kalau nak bermudik, bermudiklah di muara yang tenang, kalau nak minta, mintalah pada yang ada, kalau nak merayu, merayulah pada yang sayang.

“Banyak perkara yang diminta, tetapi saya yakin jika ada orang di luar Perasu mahu merosakkan Perasu, kita tolaklah buat sementara waktu …saya bukan anak Felda, tapi ada ramai saudara-mara dari Felda … apa yang penting sekali, saya diberi tanggungjawab untuk menjaga Felda, saya berjanji Felda ialah keutamaan saya," katanya.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduandan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Iadiadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naimdigugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...