Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Pastikan Kempen Kekal Bersih Daripada Sentuh Isu 3R
Politik

PRK Nenggiri: Pastikan Kempen Kekal Bersih Daripada Sentuh Isu 3R

PRK Nenggiri: Pastikan Kempen Kekal Bersih Daripada Sentuh Isu 3R

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

GUA MUSANG, 8 Ogos (Livevartha) — KempenPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diharap dapat dipastikan kekal ‘bersih’ daripada menyentuh isu sensitif membabitkan 3R iaitu agama, kaum dan institusi raja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata setakat hari keenam kempen hari ini, tiada laporan polis diterima membabitkan isu berkenaan.

"Kita harap semua pihak, baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang tidak sentuh isu sensitif 3R semasa berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

"Biar pengundi dapat buat keputusan dengan baik dan bijaksana untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama lebih 200 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kelantan di sini hari ini.

Turut hadirKetua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.

PRK DUN Nenggiri yangdiadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, apabila bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Sementara itu, Foo berkata pihaknya setakat inisudah meluluskan 70 permit ceramah dan kempen bergerak bagi parti politik yang bertanding di DUN Nenggiri.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 34 permit dikeluarkan membabitkan ceramah manakala 36 kempen bergerak, malah tiada sebarang permohonan permit yang ditolak.

"Hanya satu kertas siasatan sahaja dibuka setakat ini untuk siasatandi bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam sertaSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...