Monday , 11 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Mohamad Sabu Nasihat Pengundi Tidak Terpengaruh Dengan Fatwa Politik PAS
Politik

PRK Nenggiri: Mohamad Sabu Nasihat Pengundi Tidak Terpengaruh Dengan Fatwa Politik PAS

PRK Nenggiri: Mohamad Sabu Nasihat Pengundi Tidak Terpengaruh Dengan Fatwa Politik PAS

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada sebahagian penerima Ghani Mat Piah (dua, kanan) pada Program Libat Urus Bersama Pemimpin Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan Gua Musang di Dewan Serbaguna Kampung Jerek hari ini.
Turut serta Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar (kiri).
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 13 Ogos (Livevartha) — PresidenAmanah Datuk Seri Mohamad Sabu menasihatkan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, untuk tidak terpengaruh dengan fatwa politik dikeluarkanPAS.

Beliau berkata kenyataan seperti menggelarparti DAP sebagai kafir harbiketika kempen PRK itu sebelum ini boleh berubah, bahkan katanya fatwa parti itu sebelum ini berbeza ketika berada di bawah satu bumbung sebelum ini.

“Dua kali pilihan raya kitabersama PAS bersama DAP pada PRU 2008 dengan 2013, Lim Guan Eng juga pernah dipuji seakan Umar Abdul Aziz.Pada 2008 juga berapa ramai wanita DAP pakai baju Nik Aziz (bekas Mursyidul Am PAS)dan ramai juga pemimpin PAS pakai baju dan topi roket,ketika itu tiada masalah.

“Kemudian 2015 bercerai dengan DAP dan Keadilan (PKR)…Mungkin tahun depan (mereka akan kata) kita berkawan dengan DAP satu rahmat kepada Allah,” katanya berseloroh ketika berucap dalam majlis ceramah kelompok di Sungai Asap di sini, malam semalam.

PRK DUN Nenggiriyang ditetapkan hari mengundi Sabtuini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Olehitu, Mohamad turut mengingatkan kepada pengundi yang beragama Islam agar tidak terpedaya dengan retorik politik itu, sebaliknya berpegang kepada prinsip-prinsip agama yang tetap.

“Fatwa yang patut kita pegang, seperti sembahyang (solat), puasa di bulan Ramadan, jangan minum arak, membayar zakat, mengerjakan umrah.

“Anggaplah ‘dengar telinga kanan, keluar telinga kiri’, fatwa-fatwa ini jangan ambil berat. Fatwa ini akan berubah setiap kali pilihan raya, janganlah pegang fatwa ini kerana ia hanya angin lalu mengikut musim dan keadaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Amanah Mohd Sany Hamzan dalam ceramah kelompok yang samaberkata seluruh jentera Amanah telah digerakkan dari seluruh negara, bagi membantu kempen calon BN meraih undipada PRK DUN Nenggiri.

“Dari Johor sehingga ke Perlis, kita kerahkan untuk berkempen dan berada di empat Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Jeram Tekoh, Bertam Baru, Sungai Asap dan Jerek untuk mengerakkan program dan aktiviti bagi membantu saudara Awie (Mohd Azmawi Fikri) calon nombor dua,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...