Friday , 20 September 2024
Home Politik Prk Nenggiri: Ku Li Seru Pengundi Keluar Beramai-ramai Esok
Politik

Prk Nenggiri: Ku Li Seru Pengundi Keluar Beramai-ramai Esok

Prk Nenggiri: Ku Li Seru Pengundi Keluar Beramai-ramai Esok

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ketika sidang media pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 16 Ogos (Livevartha) –Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.

Pengarah PRK itubagi Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah berkata undian pengundi akan menentukan perubahan yang mereka mahukan.

“Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih,” katanyaketika ditemui pemberita selepas Program Perasu Berselawat di Felda Perasu yang turut dihadiri Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, malam tadi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional(PN).

Berpuas hati dengan kerjasama jentera BN sepanjang tempoh dua minggu kempen yang akan berakhir pukul 11.59 malam ini, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata menerusi pemantauan yang dilakukan, beliau mendapati gerak kerja jentera dirancang dan dilakukan dengan baik dan tersusun.

Katanya pihaknya tidak menghadapi masalah besar meskipun terpaksa membahagikan jentera partikepada 20 kumpulan mengikut jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan DUN Nenggiri.

“Ini menandakan bahawa mereka telah melakukan pekerjaan dengan baik, malah ini memberikan harapan yang positif kepada parti. Berdasarkan taklimat yang diadakan, kita tidak menghadapi masalah besar dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu,berkata jentera BNsebelum ini banyak memfokuskan isu rakyat secara nasional. Oleh itu, pada PRK kali ini,mereka lebihmemberi perhatian kepada mencari penyelesaian terhadap masalah tempatan yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar.

“Kita menawarkan untuk berkhidmat bagi kawasan DUN, dan tentunya banyakisu isu rakyat tempatan timbul, jadi kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...