Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Ku Li Janji Awie Akan Jadi Wakil Rakyat Terbaik
Politik

PRK Nenggiri: Ku Li Janji Awie Akan Jadi Wakil Rakyat Terbaik

PRK Nenggiri: Ku Li Janji Awie Akan Jadi Wakil Rakyat Terbaik

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bersama penduduk setempat pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG, 14 Ogos (Livevartha) — Calon Barisan Nasional(BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) NenggiriMohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimempunyai pengalamanluas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk, kataveteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh yang jugaPengarahPRK DUN itu untuk BNberkata Mohd Azmawi Fikri sebelum initelah melalui proses pembelajaran yang panjang dari segi cara untuk berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat.

“Jadi tiada perkara baru atau asing bagi dia. Kalau Awie (Mohd Azmawi Fikri)dipilih, saya berani janji dia akan menjadi seorang wakil rakyat yang baik dan boleh berkhidmat untuk rakyat.

“Setahu saya, dia orang yang boleh diharap dan dia bukan sahaja Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, tetapi juga sudah dinaikkan statusmenjadi Ketua Pemuda Negeri dan potensi dia pun bagus,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyantuni kira-kira 30 veteran UMNO di Jeram Tekoh, di sinihari ini.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari mengundi Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Awie sebelum ini dilapor telah ‘berkhidmat’ lebih 10 tahun untuk penduduk di kawasanitu ketikabekerja bersama bekas Ahli DUN NenggiriAb Aziz Yusoff.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang lebih mesra disapa sebagai Ku Liberkata beliau ingin melihat lebih ramaipenglibatan anak muda seperti Awie untuk menjadi pelapis pemimpin masa hadapan.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...