Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri : Keputusan Di Tangan 20,259 Pengundi Esok
Politik

PRK Nenggiri : Keputusan Di Tangan 20,259 Pengundi Esok

PRK Nenggiri : Keputusan Di Tangan 20,259 Pengundi Esok

Ketua Tempat Mengundi Wan Nazaliza Wan Ismail (dua, kiri) membawa peti undi ke Pos Gob dan Pos Simpor menggunakan helikopter ketika tinjauan di Padang Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri yang akan berlangsung esok.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 16 Ogos (Livevartha) — KeputusanPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan ditentukan 20,259 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi esok, selepas tamat14 hari tempoh berkempen.

Kesemua 20 pusat mengundi melibatkan 46 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petangdengan enam daripadanya mempunyai jumlah pengundi yang sedikit akanditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi akan ditutup pukul 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Proses penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini dengan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam esok.

Jabatan Meteorologi Malaysiamenerusi laman webmeramalkan cuaca cerahsepanjang proses pengundian yang menyaksikan kedua-dua calon, iaitu calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mengundi di tempat sama iaituTabika Sri Bakawali, Bertam Lama.

Nenggiri ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Gua Musang, berkeluasan 235,300 hektar atau hampir dua kali ganda keluasan Melaka.

Berdasarkan statistik SPR, daripada 20,259 pengundi berdaftar, 14anggota polis telah mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka, manakala secara keseluruhan sebanyak 43 kertas undi pos telah dikeluarkan pada 5 Ogos lepaskepada individu yang berhak.

Bagi membantu melancarkan proses pengundian, seramai 431 petugas SPR, dan seramai 995anggota polis akan bertugas.

PRK DUN Nenggiridiadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelahbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

Ini ialah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...